Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.
Seperti yang ditugaskan, saya perlu membuat post berkenaan dengan prosuder pembukaan akaun CIMB dan CIMB Clicks. Di sini saya terangkan langkah-langkahnya.
Pembukaan akaun CIMB:
- Pergi ke cawangan CIMB yang berdekatan
- Pergi ke kaunter pertanyaan dan jumpa pegawai bertugas.
- Anda akan diminta kad penegenalan, pengesahan cap jari dan nombor gliran.
- Apabila nombor anda dipanggil, pergi ke kaunter untuk pengesahan maklumat. Anda akan diminta untuk menandatangani beberapa borang.
- Setelah itu, anda akan diberi no akaun, dan perlu menyerahkan RM250 untuk dimasukkan ke dalam akaun anda.
- Kemudian, anda akan menerima kad CIMB bank, anda perlu menandatangan kad tersebut. Anda juga akan diberi no keselematan.
- Anda perlu ke mesin ATM untuk menukar no keselamatan anda dengan kod pin anda yang baru.
Pembukaan CIMB CLICKS:
- Anda perlu memberikan nombor telefon anda di mesin ATM dengan (Lain-lain > CIMB Clicks)
- Anda perlu melakukan ini dengan online ataupun boleh terus ke kaunter CIMB Clicks yang disediakan dalam CIMB bank.
- Setelah selesai memasukkan nombor anda, anda perlu membuka laman web https://www.cimbclicks.com.my
Klik "Online Registration"
Klik "Register Now"
Masukkan maklumat yang dikehendaki (nombor kad bank berada di hadapan kad ATM anda), tanda ruangan di bahagian "TERM & CONDITIONS" dan klik butang"Agree and Continue"
Masukkan lagi maklumat diri anda yang dikehendaki dan klik "Continue"
Pendaftaran anda telah berjaya. Klik "Proceed to Login"
Masukkan user ID anda dan klik "Submit"
Jika SecureWord anda betul, masukkan password dan klik "Submit"
TAHNIAH! ANDA TELAH SELESAI!
Kini, anda sudah ada akaun CIMB Bank dan CIMB Clicks! :D






No comments:
Post a Comment